Kursus E-Rezeki Anjuran Mdec
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniDewasa ini kerja hakiki tidak lagi menjamin pendapatan yang stabil. Perlu juga di lakukan kerja separuh masa. Justeru itu, kami merancang dan telah berjaya mengadakan kursus e-Rezeki Program Global Online Workforce (GLOW) dengan kerjasama MDEC.
Merupakan inisiatif kerajaan melalui MDEC untuk menjana pendapatan digital secara konsisten dan sepenuh masa bagi rakyat Malaysia menerusi kaedah crowdsourcing diadakan pada 7 & 8 Disember 2018 (Jumaat & Sabtu). Disampaikan oleh tenaga pengajar yang sangat berpengalaman, iaitu Encik Khairul Imran Bin Zulkifli dari MDEC, dengan penyertaan seramai 15 orang peserta, di bilik latihan Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh.
Crowdsourcing merupakan kaedah pendapatan digital di mana kerja ditawarkan dan dilaksanakan secara digital dalam platform global seperti Freelancer.com dan Upwork.com. Global Online Workforce melatih, mentor dan memupuk pelatih menjadi pekerja digital sepenuh masa & menjana pendapatan bulanan secara stabil dan konsisten minimum RM2,000.
Tujuan program GLOW dilaksanakan adalah bagi mewujudkan komuniti pekerja digital berkebolehan secara sepenuh masa, membangunkan satu model mampan bagi program pekerja digital berimpak tinggi dengan penglibatan rakan strategik MDEC, memperkenalkan sumber pendapatan alternatif bagi rakyat Malaysia melalui platform pendapatan digital global dan menyediakan program sokongan untuk pekerja digital supaya kekal bermotivasi dan komited menjana pendapatan digital.
Akhir kata, semoga dengan kursus ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dengan menjana pendapatan secara digital dan konsisten menjadi pekerja digital sepenuh masa atau separuh masa & menjana pendapatan secara stabil melalui hasil usaha kerja digital ini. Selain itu, semoga kami mendapat penyertaan untuk siri kursus seterusnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: